3/24/2013

Inilah Hasilnya

   Pada 19 Disember yang lalu , keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) telah pun diumumkan. Sejam sebelum keputusan diumumkan , debaran kian terasa. Apakah keputusan kami agaknya ? Adakah keputusan tersebut cemerlang ataupun sebaliknya ? Walaupun ada desas-desus yang mengatakan keputusan kami agak cemerlang , kami tetap takut khabar tersebut kekal sebagai khabar angin.

   Tepat pukul 11 pagi , kami sudah berada di Dewan Sri Gemilang menantikan kedatangan guru yang membawa slip keputusan . Setelah melihat keputusan , ada yang terlompat-lompat, ada yang menangis , ada  yang menjerit keriangan dan ada juga yang terus memeluk ibu mereka . Air mata jatuh berlinangan setelah melihat keputusan yang tidak disangka-sangka. Nampaknya , desas-desus yang kami dengar tidak kekal sebagai khabar angin tetapi menjadi realiti. Lapan orang telah mendapat keputusan 8A. Kami bersyukur kepada Illahi kerana usaha kami membuahkan hasil , titik peluh kami selama ini tidak sia-sia. Walaupun tidak semua yang mendapat keputusan 8A , tetapi kami semua tetap gembira dan bersyukur.

   Kepada semua guru yang telah mengajar kami selama ini , kami ucapkan ribuan terima kasih. Terima kasih kerana membimbing kami , bukan sekadar menjadikan kami pelajar yang cemerlang tetapi pelajar yang tidak jahil terhadap agamanya . Terima kasih cikgu ! Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada ibu bapa kami yang banyak membantu , menyokong dan membimbing kami selama ini. Inilah hadiah yang tidak seberapa daripada kami. Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung yang banyak membantu kami , kami ucapkan terima kasih banyak-banyak terutamanya kepada rakan-rakan kami dari kelas yang lain. Sesungguhnya , kami panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana memberikan rezeki kepada kami dalam PMR , kesihatan fizikal , mental dan rohani. Alhamdulillah .

Pelajar yang mendapat 8A bersama ibu bapa dan guru.

4/27/2012

Johan Pertandingan Menghias Bilik Darjah Sempena Bulan Kemerdekaan 2011

   Pada 15 September bersamaan dengan hari Khamis yang lalu, tingkatan 2 Bougainvillea telah menyertai Pertandingan Menghias Bilik Darjah Sempena Bulan Kemerdekaan dan mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Kemenangan ini adalah hasil kerjasama antara pelajar-pelajar 2 Bougainvillea dengan bantuan guru tingkatan iaitu Puan Suzana Md. Zain yang bertungkus-lumus menghias bilik darjah dalam pertandingan tersebut. Berikut adalah beberapa gambar bilik darjah dan detik penerimaan hadiah daripada PIBG sekolah.

Bahagian hadapan.

Bahagian belakang dan sudut mata pelajaran.

Ketua tingkatan menerima hadiah.
"Banner" sempena bulan kemerdekaan.

2/11/2011

Percubaan

Assalamualaikum . Selamat Datang ke blog 2Bouganvillea . Blog ni masih dalam pembinaan . Harap maklum dan sekian terima kasih
© Copyright 2Bouganvillea 2011 all rights reserved