Tepat pukul 11 pagi , kami sudah berada di Dewan Sri Gemilang menantikan kedatangan guru yang membawa slip keputusan . Setelah melihat keputusan , ada yang terlompat-lompat, ada yang menangis , ada yang menjerit keriangan dan ada juga yang terus memeluk ibu mereka . Air mata jatuh berlinangan setelah melihat keputusan yang tidak disangka-sangka. Nampaknya , desas-desus yang kami dengar tidak kekal sebagai khabar angin tetapi menjadi realiti. Lapan orang telah mendapat keputusan 8A. Kami bersyukur kepada Illahi kerana usaha kami membuahkan hasil , titik peluh kami selama ini tidak sia-sia. Walaupun tidak semua yang mendapat keputusan 8A , tetapi kami semua tetap gembira dan bersyukur.
Kepada semua guru yang telah mengajar kami selama ini , kami ucapkan ribuan terima kasih. Terima kasih kerana membimbing kami , bukan sekadar menjadikan kami pelajar yang cemerlang tetapi pelajar yang tidak jahil terhadap agamanya . Terima kasih cikgu ! Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada ibu bapa kami yang banyak membantu , menyokong dan membimbing kami selama ini. Inilah hadiah yang tidak seberapa daripada kami. Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung yang banyak membantu kami , kami ucapkan terima kasih banyak-banyak terutamanya kepada rakan-rakan kami dari kelas yang lain. Sesungguhnya , kami panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana memberikan rezeki kepada kami dalam PMR , kesihatan fizikal , mental dan rohani. Alhamdulillah .
![]() |
Pelajar yang mendapat 8A bersama ibu bapa dan guru. |