Pada 15 September bersamaan dengan hari Khamis yang lalu, tingkatan 2 Bougainvillea telah menyertai Pertandingan Menghias Bilik Darjah Sempena Bulan Kemerdekaan dan mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Kemenangan ini adalah hasil kerjasama antara pelajar-pelajar 2 Bougainvillea dengan bantuan guru tingkatan iaitu Puan Suzana Md. Zain yang bertungkus-lumus menghias bilik darjah dalam pertandingan tersebut. Berikut adalah beberapa gambar bilik darjah dan detik penerimaan hadiah daripada PIBG sekolah.
 |
| Bahagian hadapan. |
 |
| Bahagian belakang dan sudut mata pelajaran. |
 |
| Ketua tingkatan menerima hadiah. |
 |
| "Banner" sempena bulan kemerdekaan. |